Keluarga Bahagia...

 
Keluarga Bahagia

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu
 
 
 Keluarga aku...
Sayangnye si comil aku tu tak de dalam pic ni...tengah terlena kepenatan mase tu...:(
 
 

Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

Thank You


Assalamualaikum....
Terasa lama benar tak menulis disini dengan penuh perasaan..hehhehe..
Ape kabar semua pembaca blog ni...hope sihat2 sahaja...:)

Harini dengan penuh rase berbesar hati aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada tuan blog INI
Tuan blog tu nama Deqla Norumara..heheh...cantik kan name ni...I like seribu kali...hehhe
Kenape eh kena ucap terima kasih kat die ni...tak pasal2 lak kan nak ucap terima kasih..heheh..tentu la ade sebabnye...
nak tau ??
meh sini ku bagitau...



Nah kat sini ku tayang hadiah pemberiannye sempena menjadi juara JURI TETAP BLOG di blog..
Tapi kan tadi aku tgok name aku dah jatuh ke anak tangga no 2..hehhehe..tak aci betui sape yang amik tahta aku tu...haaahaaaa

 Taraaaaa...
Ni haaaa




Comey betui kan...I Like sejuta kali..hee




 Jam Tangan untuk Alesya pon ade tau...
TERIMA KASIH DEQLA.....
Alesya kate mekacih untie......hee

Sesiapa yang belum terjah blog Deqla..moh la kite ...Deqla ni salah seorang ahli GSF yang ramah tamah tau...Tak caye g la berkenalan dengan beliau...:)

Eh sebelum tu nak tepek gak satu lagi hadiah yang aku terima dari salah seorang ahli GSF..


Ni haaa...
 

Yang ini dari mamaqhayra
Sorri ye DQ baru sekarang ni  nak tepek kat N3..hehehe..
Ape pon terima kasih bebanyak ye...
Korang...nampak tak sepit kunin tu...haaaa..itu untuk Alesya jugak...untung kan..mama dapat anak pon dapat gak...
Agak2 kalu ade anak sepuluh boleh dapat semua tak..hehhehehe....
Ha...jangan lupe singgah ke blog mamaqhayra ni tau...Pasti kamu berpuas ati berkunjung kesitu..:)


Okey la setakat ini dulu..kalau ade dapat adiah lagi dari blogger aku tepek agi kat sini yek..hehhee
 

Bye!!!!


Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

Selamat Hari Lahir MV...


KALAU RINGAN ITU KAYU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU

KALAU BERAT ITU BATU 
MAY GOD BLESS YOU 

Pantun berkerat kerat ni aku tujukan pada Si cantik manis yang sambut birthdaynya  pada 18 November ( Semalam)
Jadi belum terlewat lagi nak wish kan....
 
HAPPY BIRTHDAY!!!!!!

Mesti MV senyum simpol aje kan...Ramai ahli GSF buat n3 untuk kamu...:) :)
Sesiapa yang belum kenal MV jom terjah blog MV....
KLIK SINI!!!!
Semoga Allah Berkati kamu ye!!!

Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

Wordless Wednesday #10






Published with Blogger-droid v2.0.9


Nanti mama belikan Alesya telkong ok!!

Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

Happy Deepavali





Lagu2 raya dah berkumandang...tapi bukan lagu hari raya puasa...
Filem2 raya banyak ditanyangkan di tv..tapi bukan filem david teo...sale sane sini....ni semua kerana Deepavali dah mariiiii.....

Yeaaaaahh.....yahooo...ape pulak yang suke sangat ek...aku bukan sambut deepavali pon....hahahhaa...
Deepavali kali ni pon aku keje....kesihan kannnnn.....
Tapi ade yang membuatkan aku happy cikit hari ni.....







Taraaaaaa.....






Ko ade????

Hehehe...

Ape pon happy deepavali pada yang menyambutnye.....:)

Sorong papan tarik papan
Buah keranji di dalam perahu
Happy Deepavali aku ucapkan
Esok jangan lupe bawak muruku....


Published with Blogger-droid v2.0.9

Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

flower girl...


Comil idak budak2 ni...
Puteri2 cilik ni semua anak murid kakak aku, kecuali alesya la kan ...
Ni semua masa majlis sanding hari tu la....hari ni baru nak stori cikit2 ni...
Sebenarnye penat tak hilang lagi..hahaaa..mengalahkan jadi pengantin lak kan....kali ni kerje kawin memang penat...tapi dah banyak pengalaman ok lagi la...penat bukan ape...adik dan kakak jadi pengantin sekali gus..jadinye tinggal la aku sowang yang bertungkus lumus...bukan takde yang membantu tapi sebagai tuan rumah jadi semuanye jatuh kat bahu aku...huhuuuu..bajed bagus lak...hahaa....ape pon mujur ade kakak ipar aku...alhamdulillah...
Banyak lagi pic nak dikongsikan...
Nanti la ye..tunggu aku senang..hehe...ok..:)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

Anak itu Anugerah


Anak itu anugerah

ANAK adalah anugerah yang sangat bernilai kepada pa sangan suami isteri, kerana dengan kelahirannya menam bahkan kasih sayang seisi keluarga. Lebih penting, anak mewarisi keturunan, sekali gus menjadi generasi pelapis selepas ibu bapanya kembali bertemu Allah.

Mereka juga akan mewarisi apa yang kita tinggalkan serta menyambung kehidupan dan tamadun manusia. Mereka akan menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan dengan sebab itu, ada orang menggelar anak kecil dengan panggilan ‘the little caliph’ (khalifah kecil).

Dalam Islam, anak adalah harta paling berharga dimiliki seseorang selepas iman kepada Allah dan Rasul-Nya. Anak juga adalah satu faktor yang mendekatkan diri kepada Allah dan rahmat-Nya seperti ditegaskan dalam satu hadis di riwayatkan Ahmad, Bukhari dan Muslim. “Anak-anakmu adalah penduduk kecil syurga.”

Anak kecil bukan saja memerlukan penjagaan rapi, malah kasih sayang ibu bapa. Sifat ini melahirkan satu tindak balas dalam jiwanya kerana Nabi s.a.w ada bersabda yang di riwayatkan Ibn Asakir dan Suyuthi, bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai anak hendaklah dia berlemah lembut dengan nya.”

Nabi s.a.w sendiri sangat mengasihi anak. Baginda me nyifatkan anak dengan pelbagai kemuliaan, seperti bau dari syurga, malah sebagai penghalang daripada penurunan azab, sebagaimana dinyatakan dalam hadis diriwayatkan Suyuthi:

“Kalaulah tidak kerana hamba Allah yang rukuk dan anak yang menyusu dan binatang ternakan yang ada, nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu.”

Malah, anak adalah faktor kemuliaan dan keagungan ibu bapa seperti dinyatakan dalam hadis, bermaksud: “Tidak ada anak di dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah ke luarga itu.” (Hadis riwayat Tabrani).

Tetapi mutakhir ini, ada ibu bapa yang tidak mengasihi anak mereka, malah tergamak meninggalkan anak mereka tanpa memikirkan nasib yang bakal dialami. Lebih teruk ada yang sanggup membuang anak di tepi jalan, parit dan sungai, langsung tidak membayangkan sifat belas kasihan.

Apakah sifat dan tindakan manusia sebegini mencerminkan budaya masyarakat Arab zaman jahiliah dulu, yang bersikap zalim terhadap kanak-kanak apabila sanggup menanam anak mereka?

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin al-Ghari, berkata jika diperhatikan fe nomena pembuangan dan pembunuhan anak yang berlaku hari ini kadangkala lebih teruk daripada peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliah.

“Mengapa tidak? Pada zaman jahiliah dulu mereka mem bunuh anak perempuan saja, malah menanamnya di tim bunan pasir, tetapi sekarang tidak kira anak itu perempuan atau lelaki, dibuang serta dibiarkan mati begitu saja, malah ada yang mati di dalam parit, longkang dan sungai,” ka tanya.

Beliau berkata, mereka yang berbuat demikian sehingga meragut nyawa si anak dihukum membunuh dan tindakan itu adalah berdosa besar.

“Membuang bayi baik di dalam kandungan atau selepas dilahirkan adalah haram dan berdosa besar, dihukum ke salahan membunuh,” katanya.

Islam amat menghormati nyawa seseorang manusia, sama ada ia masih di dalam janin, usia bayi atau sudah dewasa, semuanya perlu dipelihara dan dihargai. Sebarang pem bunuhan tanpa hak dilarang sama sekali dan dikenakan hukuman berat.

Baginda s.a.w ada bersabda, maksudnya: “Dalam mem bunuh janin wajib kifarah (denda) hamba lelaki atau pe rempuan.” (Muttafaqun Alaih)

“Sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana hu kuman ke atasnya kerana membunuh orang lain atau kerana melakukan kerosakan di muka bumi, maka sesungguhnya ia membunuh semua manusia“ (an-Nisa’: 32)

Allah mengharamkan pembunuhan terhadap orang lain dan mengharamkan juga perbuatan membunuh diri sendiri. Malah, Islam juga mengharamkan perbuatan mencederakan orang lain atau mencederakan diri sendiri.

Gejala buang bayi makin menjadi-jadi, lebih-lebih lagi dengan kehidupan dan pergaulan muda-mudi yang terlalu bebas. Bayi dibuang kononnya sebagai jalan keluar bagi kemelut masalah yang dihadapi atau sekurang-kurangnya bagi menutup malu, sedangkan sebaliknya ia terus me ngundang masalah.

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon, dipetik berkata, aspek kekangan ekonomi dan ku rangnya pendidikan agama turut menyumbang kepada ma salah yang semakin meruncing itu.

Beliau berkata, sejak 2004 hingga 2007, sejumlah 304 kes bayi dibuang dilaporkan di seluruh negara, daripada jumlah itu 117 bayi lelaki, bayi perempuan (96) dan 91 bayi lagi tidak diketahui jantina kerana sudah reput.

“Kementerian berpendapat cara terbaik untuk menangani isu ini ialah dengan memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai pentingnya menjaga kese lamatan kanak-kanak serta mengamalkan prinsip kema nusiaan,” katanya.

Jumlah itu berdasarkan kes yang dilaporkan tidak me ngambil kira kes terpinggir, tetapi ia sudah cukup mem bimbangkan kerana jika tidak dibendung, ia akan me ngundang padah yang lebih teruk, baik kepada kehidupan sosial masyarakat mahupun kepada Islam itu sendiri.

Zamihan berkata, semua pihak perlu sedar anak yang dibuang itu sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kesalahan, suci bersih dan tidak berdosa, walaupun ia lahir daripada hasil persetubuhan haram.

“Anak itu tidak berdosa, tidak bersalah, tidak hina, malah tidak membawa sial atau majal kepada ibu bapa dan ke luarganya, cuma dia lahir daripada persetubuhan haram. Mereka yang salah adalah ibu bapanya, bukannya dia, tetapi kenapa dia yang menjadi mangsa?

“Sepatutnya anak itu dijaga sebaik-baiknya, diberikan kasih sayang secukupnya sebagai penebus kepada keterlanjuran terbabit dengan persetubuhan haram dan selepas itu kah winlah di samping sama-sama memberikan kasih sayang kepada anak terbabit.

“Tetapi yang berlaku sebaliknya, sudahlah salah berzina, buang dan bunuh anak pula, menjadikannya dua dosa,” katanya, sambil menegaskan membunuh bayi adalah dosa besar dan mereka yang terbabit perlu segera bertaubat.

“Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya, dengan dosa apakah ia dibunuh?” (at-Takwiir: 8-9)

Pada masa ini, Kanun Keseksaan memperuntukkan hu kuman penjara maksimum 20 tahun terhadap wanita yang didapati bersalah membuang bayi, namun undang-undang itu tidak memperuntukkan hukuman terhadap lelaki yang ber tanggungjawab menghamilkan wanita dituduh membuang bayi itu.

Zamihan berkata, sudah tiba masanya semua pihak meng gembleng tenaga untuk menangani gejala memalukan itu, sekali gus memastikan keharmonian dalam kehidupan ber masyarakat terus terpelihara, terutama masyarakat Islam yang menjunjung Islam sebagai panduan hidup.

“Mengapa ini semua berlaku? Ia berlaku disebabkan tiada kefahaman terhadap tuntutan beragama, tidak memahami Islam dan hukumnya.

“Sepatutnya bagi orang yang menjadikan Islam sebagai agama dan cara hidup, memahami aturan agama itu se baik-baiknya, supaya agama yang dianuti itu boleh menjaga diri kita.

“Dari satu sudut juga, tiadanya kuat kuasa undang-undang Islam, sedangkan ia amat penting bagi menegakkan hukum agama, malah jika dilihat sekarang ini orang boleh buka aurat sesuka hati, menunjukkan tiada atau longgarnya kuat kuasa,” katanya.

Sumber :,metro 


Kenapa saya hari ini tergerak  mengepost N3 ini??
Pagi tadi terbaca status seorang sahabat tentang anaknye......





Banyak lagi sebenarnye yang di post di fb...tapi saya hanya kongsikan yang ini....
Ape pandangan kamu bile membaca status ini??



p/s: lain macam plak rasenye n3 aku kali ini..hehehhee....Skemanye...:)


Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

Tahniah Mak Long

 
 
Alhamdulillah ...Syukur pada Allah...Kakak ipar aku a.k.a mak long Alesya telah selamat melahirkan bayi perempuan semalam...
Tahniah ye Maklong...Walaupon banyak dugaan yang Mak long hadapi untuk dapatkan bb yang kedua ni..akhirnya bayi yang dinanti ni selamat jua dilahirkan...
 
Sekarang abang Danish dah ada adik...Seronok la abang ye...
Alesya jugak yang tak de adik lagi..huhuuuu...Tak pe la rezeki masing2  kan.....
Ingat lagi kan dengan Danish ni...Ni la die satu2 sepupu Alesya...
Sekarang Alesya dah ade dua orang sepupu...
Dua2 dari belah suami aku...
Belah aku belum ade lagi...Tunggu je la yang baru jadi pengantin tu yek...hehhehe...

 Danish dengan adik barunye....
(  Amik pic kat fb..jangan marah ea mak long.. )



p/s : Aku pon teringin nak ade bb la....hehehe...Seronoknye...Walaupon penat berjage siang dan malam tapi ade satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kate2....Indahnye saat tu............
 
 

Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
All Right Reserved © Cute Mama ~ Design By Mama Arina